Terdapat banyak variasi kurta dan ada cara yang berbeza untuk mengayakannya, baca selanjutnya untuk mengetahui lebih lanjut. Kasual Kurta adalah salah satu jenis pakaian yang paling biasa dipakai di India. Mudah untuk dipakai oleh lelaki secara sehari-hari. Kerana ianya sesuai dipakai walaupun sambil berehat di rumah, ataupun aktiviti diluar rumah seperti acara keramaian.
Terdapat juga variasi kontemporari moden yang di dalamnya sepeti dicetak ataupun ditenun, datang dalam bentuk cek dan jalur atau dalam warna-warna tunggal meriah serta datang dalam warna-warna cerah dan fabrik kilauan tinggi seperti sutera. Kebanyakkannya diperbuat dari kain kapas kerana ianya lebih selesa dan tidak panas. Untuk perayaan perayaan corak bersulam dengan reka bentuk bunga dan dedaun dan juga boleh mempunyai kolar hiasan dan lengan sering mendapat sambutan.
Kurta selain ianya bersaiz labuh, ada juga kurta moden yang agak pendek selalunya dipadankan dengan jeans atau seluar slack. Dimana ia telah menjadi trend di kalangan kumpulan yang lebih muda. Begitu juga di Malaysia. Ia telah menjadi semakin popular dikalangan anak muda.